skbb06.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skbb06@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | DOA SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI TAHUNAN | PAUTAN | MURID CEMERLANG UPSR | HAL EHWAL MURID | BUKU PELAWAT | KURIKULUM | MARQUEE | SEJARAH | Untitled | KEPUTUSAN UPSR | Untitled |

BERITA TERKINI
PERKHEMAHAN KEM JATI DIRI KALI KE 2 SIRI 2/08.
22/2/2008 - 24/2/2008.
[img.jpg]

  Pada awal tahun yang lepas, Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam telah mengadakan aktivitinya yang pertama iaitu perkhemahan kem jati diri peringkat sekolah. perkhemahan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 22 Februari hingga 24 Februari 2008. aktiviti perkhemahan ini bertempat di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam. kumpulan sasaran untuk perkhemahan ini adalah murid - murid tahun 4,5 dan 6.

  Banyak aktiviti berfaedah yang telah dijalankan. setiap peserta telah memberikan sepenuh kerjasama dan tumpuan dalam menjalankan aktiviti yang telah direncanakan kepada mereka. antara aktiviti yang mereka jalankan adalah memasang khemah. aktiviti ini dirancang supaya ianya akan dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta. selain daripada itu, mereka juga menjalani aktiviti lasak iaitu junggle tracking. peserta dibawa merentasi hutan serta mendaki bukit. sepanjang aktiviti ini, mereka dididik semangat kerjasama antara satu sama lain serta sikap suka tolong menolong. ini dapa dilihat semasa peserta perlu memasak untuk makan tengahari di suatu tempat dalam hutan.

  Selain daripada itu, murid juga diuji keyakinan dalam diri mereka melalui aktiviti malam iaitu `aktiviti burung hantu`. dalam aktiviti ini peserta akan ditempatkan berasingan dari peserta lain dalam kawasan sekolah dengan mata yang bertutup. Peserta akan dapat membina keyakinan diri serta menghilangkan rasa takut mereka ketika melalui aktiviti ini.

  Kesimpulannya, aktiviti - aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat setiakawan,kerjasama,bertolak ansur serta tolong menolong dikalangan setiap peserta. oleh yang demikian semoga lebih banyak aktiviti seperti ini akan dapat dijalankan.

Disediakan Oleh :

Hanif Murshid 08.



BERITA TERKINI
HARI SUKAN BERSAMA SK BUKIT BERTAM.
[img.jpg]

  Pada 29 Mac 2008 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam telah menganjurkan Hari Sukan Bersama yang bertempat di Padang Kampung Tua, Bukit Bertam. Semua murid serta penduduk kampung telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada hari berkenaan.

  Sebelum tiba hari sukan itu, pihak sekolah telah mula sibuk sejak dari awal. Latihan Rumah sukan telah mula di jalankan setiap petang rabu bagi memantapkan lagi ahli pasukan serta memilih wakil rumah sukan. guru serta pekerja sekolah berusaha menyiapkan padang dengan bantuan dari pihak ibu bapa dan penduduk kampuang. Inilah komitmen yang telah ditunjukan serta diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan hari sukan ini.

  Acara sukan tara telah diadakan di sekolah. Ini adalah kerana untuk menjimatkan masa sepasa dipadang nanti. antara acara yang dijalankan sepanjang sukantara ini adalah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru serta peringkat saringan acara balapan.

  Suasana pada hari sukan amat meriah. Acara dimulakan dengan perarakan barisan kontijen memasuki padang. Rumah sukan yang terlibat adalah Rumah Hijau, Merah, Kuning dan Biru. Setelah memasuki padang,Ikrar hari sukan disempurnakan oleh wakil peserta iaitu Mohd Hakimi Nadzri.

  Setelah selesai semua itu, acara sukan dimulakan dengan acara sukaneka untuk prasekolah. Murid - Murid prasekolah memberikan sepenuh komitmen. selain daripada itu, acara lain yang dipertandingakan adalah acara akhir balapan, larian 12 pusingan, boling buah kelapa dan acara yang paling mendapat tumpuan iaitu acara tarik tali kerana ianya di hakimi oleh Dato Hamzah, Ahli Parlimen Larut. Beliau telah sudi menghadirkan diri untuk merasmikan majlis sukan bersama ini.

  Akhirnya, setelah semua orang memberikan sepenuh tenaga serta kerjasama dalam menjayakan hari sukan ini, pasukan Rumah Merah telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan Hari Sukan Bersama ini sementara Mohd Shaezan Hamzah dan Nurhafizah Ahmad Bawa telah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawti.

Disediakan Oleh :

Hanif Murshid 08.





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: